Selasa, 25 Mei 2010

Apabila Orang Bukan Islam Berani Mencampuri urusan Agama Umat Islam. Malangnya Nasib Umat Islam

Sungguh banyak masalah yang dihadapi oleh umat Islam dan agama Islam pada masa kini. Sama ada masalah yang ditimbulkan oleh umat Islam sendiri mahu pun masalah yang ditimbulkan oleh orang yang bukan Islam. Semua masalah-masalah yang menimpa umat Islam ini, bukan sahaja boleh merendahkan maruah agama Islam itu sendiri tetapi yang lebih penting adanya unsur-unsur pihak tertentu untuk cuba mencampuri pengurusan dan maslahat umat Islam.

Bermacam-macam isu yang menghambat umat Islam masa kini. isu Poligami tanpa kebenaran, isu pemberian lesen judi, isu ketaksuban pengikut Abuya, isu tuntutan kalimah Allah dan yang terbaru isu seorang perempuan yang beragama Hindu ingin menjadi peguam syarie di mahkamah syariah. Semua isu ini sekiranya tidak diselesaikan dengan baik dan mengikut acuan Islam, ia akan memberikan kesan tidak baik kepada agama Islam dan umat Islam. Memberi peluang kepada orang-orang bukan Islam untuk menghina Islam dan memandang serong kepada Islam dan umat Islam. Sungguh sedih melihat nasib Islam dan umatnya pada masa kini.

Saya masih teringat ketika masih beragama kristian pada suatu ketika dahulu, saban waktu saya berfikir hebatnya agama Kristian. Kenapa hebat? Kerana tidak ada sesiapa pun yang berani mencampuri urusan agama kristian, tidak ada sesiapa pun yang berani mempertikaikannya sehinggakan walaupun berjaya memurtadkan seorang yang beragama Islam, agama Kristian masih tidak ada yang berani mencampurinya kerana penganut agama Kristian tidak akan memberikan peluang dan berjuang habis-habisan untuk mempertahankan agamanya.

Tetapi apabila saya telah berhijrah kepada agama Islam, lain pula yang terjadi. Agama Islam, agama yang terbaik, agama yang benar, agama yang direct daripada Allah SWT tiba-tiba dengan begitu mudahnya orang-orang yang bukan beragama Islam berani dan boleh mencampuri dan mempertikaikan agama kita. Di tambah lagi dengan masalah pengurusan agama di malaysia, masalah pengurusan saudara baru, masalah pengurusan zakat, masalah pengurusan syariah dan sebagainya menambahkan lagi kemelut masalah kepada umat Islam yang memang berada di dalam keadaan kegawatan yang parah. kenapa masalah ini boleh berlaku kepada agama kita, agama yang terbaik dan agama rahmat, indahnya Islam manisnya iman.

Tidak sampai setahun kita telah dihidangkan dengan pelbagai isu ummah yang boleh mencetuskan suatu fenomena yang tidak sihat kepada masyarakat malaysia dan pihak yang paling terkesan daripada masalah ini ialah Islam dan umat Islam. Aduhai umat Islam! apa sudah berlaku kepada dirimu sebagai umat yang terbaik, dimana maruah kita? Umat Islam masih dikejutkan dengan isu tuntutan penggunaan kalimah Allah kepada penganut agama kristian. Paderi-paderi mereka yang dinaungi oleh segelintir orang-orang besar menuntut supaya akhbar terbitan mereka boleh menyiarkan dan menggunakan kalimah Allah dan isu ini masih belum selesai sehingga sekarang.

Yang terbaru, kita di kejutkan dengan tuntutan seorang wanita India yang beragama Hindu Victoria Jayaseela Martin supaya boleh menjadi peguam syarie di mahkamah syariah. Victoria Jayaseela Martin seorang peguam yang kemaruk sangat hendak menjadi seorang peguam syarie, tanpa memikirkan sensitiviti agama beliau sanggup menepikan undang-undang dan enekmena mahkamah syariah yang telah menetapkan seorang yang hendak menjadi peguam syarie mestilah beragama Islam. Tetapi kenapa Victoria Jayaseela Martin beria-ria sangat hendak menjadi peguam syarie? Apakah kerjaya dia sebagai seorang peguam sivil tidak cukup makan@gaji? atau dia diarah oleh seseorang untuk cuba menganggu institusi perundangan syariah negara kita. Hanya beliau sendiri yang mengetahui maksud dan tujuannya yang sebenar.

Pelik betul, beliau sanggup failkan kesnya di mahkamah supaya mahkamah mengeluarkan satu perintah mandamus ( untuk memaksa kerajaan mematuhi perintah mahkamah ) bagi mendesak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menerimanya sebagai peguam syarie tanpa mengambil kira beliau bukan orang Islam,tidak beriman kepada Allah SWT dan rasul, engkar kepada al-Quran dan as-Sunnah, tidak memahami kaedah perundangan Islam. Maka tidak ada alasan baginya untuk membuat perangai seperti itu dengan dakwaan bodoh kononya demi kepentingan keadilan. Wah sungguh hebat peguam yang beragama Hindu ini? Apakah selama ini peguam-peguam syarie tidak berlaku adil? Mahkamah syariah tidak adil ke? Kalau ini lah alasan bodoh yang diberikan oleh peguam kafir ini, dia telah menghina keseluruhan institusi perundangan syariah malaysia sekali gus dia juga telah menghina KDYMM SPB Yang Di Pertuan Agong sebagai ketua agama wilayah persekutuan, dan menghina agama Islam dan Umat Islam.

Saya menyeru kepada Victoria Jayaseela Martin supaya tidak membuat tuduhan yang melulu tanpa bukti untuk mengatakan ketidakadilan mahkamah syariah di dalam mengendalikan kes-kes yang terletak di dalam bidang kuasa mahkamah ini. Beliau haruslah berhati-hati di dalam mengeluarkan sebarang pandangan supaya tidak sampai menghina agama Islam. Ini kerana undang-undang yang dipakai di dalam mahkmah syariah bersumberkan daripada al-Quran dan as-Sunnah. kalaulah peguam Hindu ini mengatakan tidak wujud ketidakadilan di dalam mahkmah syariah rasanya beliau telah melakukan satu tindakan yang salah. kalau dibandingkan dengan undang-undang Islam dan barat, undang-undang Islam lah yang terbaik di muka bumi ini, apa lagi kalau dibuat perbandingan dengan agama Hindu. Agama Hindu tidak mempunyai keadailan sebaliknya menindas golongan yang lemah.

semakin umat Islam berdiam diri seperti tunggul kayu semakin melampaulah perangai orang-orang bukan Islam, sebelum ini orang-orang Kristian hendak menuntut penggunaan kalimah Allah, mahkamah syariah pun mereka mahu, selepas ini apa pula yang mereka mahu daripada umat Islam, sudah pastinya mereka mahu menghidupkan semula tuntutan IFC ( Inter fath Commission ) yang telah dicadangkan oleh Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, kristian, Hindu dan Sikh (MCCBCHS). Semua umat Islam menyedari bahayanya tuntutan mereka kepada agama Islam dan umat Islam. Sekiranya umat Islam tersilap langkah di dalam menegani masalah ini bencana besar akan berlaku dan maruah Islam dan umat islam akan jatuh bertaburan di depan mata umat Islam sendiri. Sekarang kita melihat satu persatu hak umat Islam di pertikaikan dan dicampuri oleh golongan bukan Islam.

Oleh yang demikian sekiranya umat Islam masih tidur, masih lalai, masih tidak mahu mengambil pengajaran dan peka dengan keadaan yang berlaku disekeliling yang melibatkan maslahat umat Islam tidak mustahil negara kita akan mengikuti jejak langkah dengan apa yang berlaku kepada umat Islam di Indonesia. Marilah kita menginsafi apa yang berlaku. marilah kita menangis bersama kerana mengIslah diri sebelum kita menangis pada masa hadapan kerana kita menjadi seperti umat Islam di sepanyol. pada waktu itu tangisan sudah tidak berguna kerana Allah SWT telah memberikan banyak nikmat dan peluang kepada kita tetapi kita tidak menghargainya. Ayuh kita bersatu dibawah satu aqidah iaitu Islam. Buangkanlah permusuhan diantara kita, buangkanlah perbezaan fahaman politik yang boleh menghalang perpaduan kita, marilah kita kembali di jalan Allah SWT. Marilah kita selamatkan agama kita daripada dipermainkan oleh orang-orang kafir. BANGKITLAH WAHAI SAUDARA-SAUDARAKU. MARI BERJIHAD.

Rabu, 19 Mei 2010

Antara poligami dan lesen judi? Di mana maruah Islam

Pada masa kini ada tiga isu yang hangat dibincangkan oleh seluruh rakyat malaysia, isu pertama ialah apabila Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara kepada ahli parlimen Kinabatangan sabah, isu kedua ialah kerajaan UMNO/BN meluluskan lesen judi dan isu yang ketiga dakwaan pengikut al-arqam/Rufaqa/Global Ikhwan bahawa Abuya Ashaari tidak mati tetapi ghaib dan sekarang berada di gua Ashabul khafi. Ketiga-tiga isu ini bagaikan pisang goreng laku dipasaran. Tetapi yang paling pentingnya sekiranya ketiga-tiga isu ini tidak diselesaikan dengan baik ia boleh menjatuhkan maruah agama Islam dimata orang-orang kafir.

Isu yang pertama ialah Datuk Bung berpoligami tanpa kebenaran daripada undang-undang negara kita. Walaupun di dalam agama Islam poligami tersebut sah dan tidak menyalahi syarak akan tetapi oleh kerana salah dari segi undang-undang ciptaan manusia akhirnya semua masyarakat memandang poligami adalah salah. Maka golongan yang anti Islam bersoraklah dengan penuh gembira kerana umat Islam sendiri yang menjatuhkan maruah Islam dan umat Islam. Kalau kita mengulas isu ini biarlah dengan cara Islam dan bukannya mengikut hawa nafsu. Pada saya, kenapa isu poligami ini dijadikan isu yang sensasi sehinggakan memberi gambaran Islam ini susah diamalkan, Islam ini banyak peraturan dan sebagainya. Sedangkan kalau kita melihat dari sudut agama poligami tidak salah dan poligami Datuk Bung adalah sah. Daripada Datuk Bung dan isteri keduanya ini melakukan maksiat lebih baik mereka berkahwin dan mereka terhindar daripada jatuh ke lembah dosa yang dikutuk oleh Allah SWT. Tetapi sebaliknya yang berlaku. Saya amat hairan juga kenapa isu kecil ini dijadikan isu yang besar tetapi isu lain yang lebih penting didiamkan dan tidak diambil perhatian oleh pihak-pihak berwajib.

Isu kedua ialah, pemberian lesen judi sempena dengan pertandingan piala dunia pada tahun ini yang terang-terang bercanggah dengan ajaran Islam dan undang-undang negara. Tetapi isu ini tidak diperjuangkan oleh ustaz-ustaz, pendakwah dan alim ulama. Termasuk lah yang mendakwa dan menghukum Datuk Bung berpoligami. soalan disini ialah adakah perbuatan poligami itu lebih besar dosa disisi Allah SWT berbanding dengan Judi? Semua umat Islam tahu apa jawapannya. Tetapi pihak-pihak yang duduk di jabatan agama senyap dan tidak berani menegur pemimpin yang melakukan maksiat sebaliknya menghukum mereka yang ingin mengamalkan ajaran Islam. Adakah golongan ini ingin menanggung dosa.

Saya amat kecewa dengan sistem pengurusan agama di malaysia, sebagai seorang yang memeluk agama Islam saya melihat hapraknya pengurusan agama di negara kita. Dan saya berani katakan pengurusan agama kristian lebih baik daripada sistem pengurusan yang kita jalankan sekarang. Sepatutnya pihak yang berwajib ini menghukum mereka yang membenarkan judi di negara kita kerana judi bertentangan dengan ajaran Islam dan bukannya menghukum mereka yang ingin mengamalkan ajaran Islam. Senanglah saya sebutkan pihak-pihak ini bodoh dan bebal. Dan mereka inilah yang menjadi ejen kepada pihak musuh untuk menghancurkan Islam, mereka mengaku Islam tetapi mereka sendiri yang menyukarkan Islam sedangkan Islam itu mudah, agama rahmat tetapi menjadi agama yang susah untuk diamalkan. Lalu hilanglah maruah agama Islam dan umat Islam menjadi hina di dunia.

Saya hendak mencabar kepada pihak-pihak ini supaya dakwa pemimpin yang meluluskan judi di negara kita, kalau mereka beragama Islam, dan betul-betul beriman kepada ajaran Islam. janganlah sibuk menghukum mereka yang ingin mengamalkan ajaran Islam, mereka yang ingin berdakwah, sibuk menangkap pendakwah yang tidak ada tauliah tetapi maksiat yang berlaku di dalam masyarakat puak yang suka mengangkap ini tidak pula mahu menjalankan kewajipan mencegah kemungkaran tetapi sibuk menghukum orang lain.

Isu yang ketiga ialah masalah yang ditimbulkan oleh pengikut Global Ikhwan yang tidak mempercayai kematian Ustaz Ashaari Muhammad, sebaliknya mereka mempercayai Abuya ghaib dan akan datang semula setelah daulah Islamiyyah berlaku dimalaysia. Kepercayaan ini di dedahkan di dalam media massa sebagai tatapan umum tetapi pihak yang berwajib hanya sibuk memberikan ulasan tanpa ada tindakan yang pantas untuk memulihkan aqidah kumpulan Global Ikhwan yang dikatakan menyimpang daripada ajaran Islam. Baru-baru ini pengikut Global Ikhwan membuat satu konsert di Markas mereka di rawang selama dua malam tetapi mereka hanya mengulas di dalam akhbar tanpa mengambil tindakan. Sekiranya perbuatan tersebut terdapat unsur-unsur yang boleh merosakan aqidah kenapa konsert ini tidak dihentikan sebaliknya terus dibiarkan berlaku. Kenapa perkara seperti ini dibiarkan terus berlaku. Inilah masalah umat Islam sekarang banyak bercakap tetapi malas untuk bertindak. Oleh itu antara sebab kenapa ajaran sesat yang berlaku di malaysia tidak dapat di selesaikan dengan baik kerana sikap ini ( banyak bercakap berkerja malas ).

Oleh yang demikian, apabila kita melihat isu ini dimana peranan kita sebagai seorang umat Islam yang mengaku beriman kepada Allah SWT dan Rasulnya. Marilah kita kembali kepada Islam supaya maruah Islam dan umat Islam tidak hina dan terhina. Kepada Datuk Bung saya ucapkan Tahniah diatas keberanian Datuk melawan arus. Janganlah Datuk merasa sedih kerana Datuk tidak bersalah dan poligami Datuk sah disisi syarak. Biarkan puak-puak yang suka menghukum ini menjawab dihadapan Allah SWT pada hari kiamat kelak.

Indahnya Islam Manisnya Iman

Isnin, 10 Mei 2010

GAMBAR BODOH BENJAMIN STEPHEN YANG MURTAD

JADUAL KULIAH BULANAN

PENGUMUMAN KULIAH 1

Tarikh: Setiap Hari Sabtu Minggu kedua
Masa : selepas maghrib
Tempat : Suarau Angsana, Taman Selasih Kulim Kedah
Tajuk : Perbandingan Agama ( al-Quran dan bible)


KULIAH 2

Tarikh : Setiap Sabtu Minggu Ke empat
Masa : 9.00 am- 11.00 am
Tempat : Balai Islam Pasir panjang P.Pinang
Tajuk: Kuliah Khusus Untuk Muslimat

KULIAH 3

Tempat: Masjid permatang Pasir, Pulau Pinang.
Tajuk: Perbandingan agama ( al-Quran dan Bible

Dijemput semua datang. sebarkan kepada para sahabat kita.

KENAPA SAYA MEMELUK AGAMA ISLAM

Kenapa saya menganut agama Islam. Itulah persoalan yang sering diajukan oleh keluarga, guru-guru, ustaz-ustaz, kawan-kawan dan sesiapa sahaja yang mengetahui saya dahulunya beragama kristian tiba-tiba meninggalkan agama kristian dan menganut agama Islam, satu agama yang paling dibenci oleh penganut agama kristian. Jawapan yang saya berikan daripada persoalan ini ialah " Panjang ceritanya, tidak akan habis satu hari untuk menceritakannya ". Itulah jawapan yang saya akan berikan kepada sesiapa pun yang bertanya, tetapi jawapan inilah jawapan yang paling manis untuk didengar oleh seluruh umat Islam dan kepada sesiapa sahaja yang menyukai Islam dan jawapan inilah jawapan yang paling pahit untuk didengar oleh keluarga saya dan seluruh penganut agama kristian dan jawapan ini merupakan satu pukulan " KO " kepada mereka.

Tetapi inilah sunnatullah kebenaran yang harus diterima oleh sesiapa pun dan tidak ada sesiapa pun yang boleh menghalang kehendak Allah SWT, apabila Allah SWT katakan maka jadilah maka akan terjadi.  Inilah persoalan iman yang kita akan kongsikan bersama pada kali ini untuk menilai dan membuat satu perbandingan kebenaran diantara agama Islam dan agama kristian, manakah agama yang terbaik, benar, datangnya daripada Allah SWT dan boleh memberikan jalan keselamatan kepada manusia. Dan pada mukaddimah kali ini dengan jujur dan berani saya katakan Islamlah satu-satunya agama yang terbaik dan selain daripada agama Islam semuanya salah dan tidak akan diterima oleh Allah SWT.

oleh yang demikian saya akan memberikan bukti-bukti yang kukuh untuk menyokong hujah saya pada masa akan datang..selamat membaca

Sabtu, 1 Mei 2010

SAJAK 1

Rahsia Dalam Nikmat

INSAN! lihatlah!
ada nikmat yang datang melalui usaha kita
tidak kurang pula yang datang tanpa disangka
adakalanya dia datang ikut saluran kita
berlaku juga nikmat yang datang melalui orang lain

INSAN! perhatikanlah!
ada nikmat yang kita usahakan
orang lain yang memakannya
tidak kurang juga kita yang makan
orang lain yang usaha
adakalanya nikmat yang dirasa
usaha bersama
berlaku juga nikmat yang diperolehi usaha bersama
sama-sama tidak merasainya
orang lain yang menerimanya

INSAN! baru kita tahu
tidak semua nikmat yang datang dari usaha kita
pengalaman kita memberitahu
banyak yang kita makan, pakai dan sebagainya
orang lain yang menyediakannya
tanpa kita minta
sedangkan mereka tidak merancang

BARU! kita sedar
Tuhan Maha Berkuasa
melakukan apa saja
oleh itu bertawakkallah kepadanya.

Jumaat, 30 April 2010

APCO, UMNO dan Pengundi HULU SELANGOR

Tahniah saya ucapkan kepada parti UMNO dan BN diatas kemenangan pilihan raya kecil baru-baru ini dan tahniah juga kepada semua pengundi yang telah memberikan kemenangan kepada calon UMNO/BN. Walaupun terang-terangan UMNO/BN menjadi pengkhianat kepada negara, bangsa dan agama tetapi oleh kerana rendahnya maruah harga diri pengundi tetap menyokong UMNO/BN walaupun parti ini melakukan kejahatan. Tahniah juga kepada semua pengundi yang terus menyokong Pakatan Rakyat anda semua mempunyai maruah diri yang mahal dan tidak boleh di beli dengan wang ringgit.

Semua dunia tahu, Israil satu negara haram, bangsa yang tidak mempunyai negara, pembunuh umat Islam dan memusuhi agama Islam. Tetapi UMNO yang mengaku parti agama, parti melayu berjuang untuk negara tiba-tiba mengambil APCO sebagai penasihat mereka. UMNO  sebenarnya sebuah parti munafiq. Pemimpinya mengaku beriman kepada Islam tetapi mereka sebenarnya menjadi ejen kepada Puak-puak kafir untuk membunuh umat Islam, memerangi umat Islam. Sekirannya Nabi Muhammad SAW masih hidup mungkin baginda juga turut akan memerangi UMNO/BN kerana menjadi tali barut kepada Yahudi.

APCO satu badan yang dianggotai oleh bekas pemimpin kerajaan Israil dan terlibat secara langsung di dalam pembunuhan rakyat Palestin. Inilah satu hakikat yang tidak boleh di tolak oleh UMNO/BN, semua negara didunia tidak mengiktiraf negara haram Yahudi ini termasuk Malaysia tetapi dengan tiba-tiba UMNO/BN mengambil APCO dan diletakkan di Bukit Aman. Soalan disini, adakah sistem keselamatan negara tidak maju sekirannya tidak mengambil APCO sebagai penasihat? Adakah hanya APCO yang boleh membantu Malaysia? Semua persoalan ini hanya boleh dijawab oleh UMNO/BN kerana mereka yang mengambil APCO. Apabila PAS bergabung dengan PKR dan DAP di dalam PAKATAN RAKYAT UMNO/BN menuduh PAS menjadi tali barut orang-orang kafir, PAS tidak memperjuangkan Islam dan sebagainya. Sedangkan kalau kita membuat perbandingan diantara ISRAIL dan DAP siapa yang lebih jahat dan bahaya. Saya hendak bertanya kepada UMNO/BN berapa ramai umat Islam di pulau pinang yang telah di bunuh oleh DAP dan berapa ramai umat Islam di Palestin yang telah dibunuh oleh ISRAIL. Kalau kita melihat kepada sejarah UMNO/BN yang lebih banyak membunuh, menzalimi ulama di negara kita. Kita melihat bagaimana pejuang dan penyokong PAS yang dibunuh oleh UMNO/BN tetapi PAS tetap tidak bertindak balas kerana masih sabar dengan sistem demokrasi yang wujud di negara kita.Oleh itu segala tuduhan yang UMNO/BN lemparkan kepada PAKATAN RAKYAT adalah tidak benar dan palsu.

Kepada semua pendokong Islam, marilah kita terus menyokong gerakan Islam supaya Islam agama yang tinggi dan mulia itu terus terpelihara kemuliaannya. Selamat berjuang. INDAHNYA ISLAM MANISNYA IMAN.

Selasa, 27 April 2010

SAJAK

 DALAM NIKMAT MAHUPUN MUSIBAH


KIRANYA sekali sekala
dalam usahamu mengharungi kehidupan ini
kau diuji, dari sekecil-kecil ujian
tersusuk duri sehinggalah dihimpit
sebesar-besar musibah, ingatlah:
" Sesungguhnya ini semua dari Allah
dan tidak di jadikan semua ini dengan sia-sia."
Inilah mehnah, ujian dan perhatiannya,
meningkatkan iman
dan penghapusan dosa.

KIRANYA sekali sekala didatangi tuah
hidupmu mencempung nikmat, katakanlah:
" Segala puji dan syukur ke hadrat Allah."
diatas kurniaannya itu kaunikmati
dengan belas rahmat ilahi.

SEGALANYA datang dari Allah
Dia Maha Berkuasa memberi anugerah
dan menariknya kembali
apa pun taqdir hidup yang mendatang
kembalikanlah penghargaan atau
pengharapanmu pada Tuhan.

KENAPA UMAT ISLAM HINA DIDUNIA

DUNIA pun mahu akhirat pun mahu atau pun lebih suka disebut fifty-fifty atau pun 50-50. Dengan satu kesalah fahaman di dalam mentafsirkan maksud ayat ini, maka terjerumuslah umat Islam ke dalam perangkap nafsu dan syaitan yang akhirnya menjatuhkan maruah umat Islam sebagai umat yang terbaik kepada umat yang hina di dunia dan akhirat. Maka jadilah umat Islam, umat yang mencampurkan air dan minyak di dalam satu bekas, mengharapkan terjadinya satu adunan yang memberikan manfaat. Tetapi oleh kerana adunan tersebut tidak munasabah maka akhirnya ia menjadi tidak berguna dan merosakan diri sendiri.

Mengapa umat Islam terbuang dan terbiar hina didunia ini? kenapa umat Islam perlu bergantung nasib kepada negara-negara kafir yang maju, gagah dan jahat? dan mengapakah umat Islam ini hidupnya tidak aman, tidak makmur, pemimpinnya banyak terlibat dengan rasuah, kezaliman dan sebagainya dan tidak mendapat kebahagian yang Allah SWT dan Rasul janjikan? Adakah Allah SWT dan Rasulnya menipu umat Islam.

Hari ini orang-orang Kristian dan Yahudi mendabik dada, " Agama kamilah yang benar dan kamilah umat yang terbaik di muka bumi ini, sebab itulah Tuhan serahkan dunia ini kepada kami." Merek terus menghina Islam dan penganutnya." Kalaulah Islam itu agama yang benar dan penganutnya adalah umat yang terbaik, mengapa Tuhan biarkan mereka." Kata mereka lagi: " Tidak ada seorang yang beragama Kristian pun yang menjadi amah (orang gaji) di rumah orang Islam. Tetapi terlalu ramai orang Islam yang menjadi amah (orang gaji) di rumah-rumah orang Kristian, Hindu dan Yahudi. Hina sekali umat Islam ini."

Kenapa terjadi sedemikian? Sedangkan kita ada Allah, ada Rasul, ada Al-Quran dan Hadis? Mengapa Allah SWT tidak menurunkan bantuan kemenangan kepada umat Islam? Di mana silap kita? Inilah persoalan yang harus di jawab oleh setiap umat Islam yang mengaku beriman kepada Allah dan Rasul nya. Saya tidak memeluk agama Islam sekiranya Islam ini agama yang salah dan tidak menyelamatkan umatnya. tetapi oleh kerana saya yakin dengan Islam maka saya sanggup meninggalkan agama Kristian yang saya anuti sejak daripada kecil, kerana apa? Kerana agama Kristian agama yang tidak benar dan tidak mampu untuk menyelamatkan saya daripada api neraka dan segala malapetaka yang menimpa. Mungkin pada pandangan orang-orang Kristian saya telah memilih agama yang salah, kerana melihat kepada keadaan umat Islam sekarang sungguh teruk dan amat-amat memalukan. kenapa ini boleh berlaku keatas umat Islam dan tidak berlaku kepada orang-orang kafir? Adakah mereka benar dan kita salah? Jawabnya tidak. kitalah dipihak yang benar dan mereka dipihak yang sesat.

Jawapan daripada persoalan ini ialah kerana, umat Islam tidak mengikut kata Allah SWT dan Rasulnya. Allah SWT berkata, Akhirat itu lebih besar daripada dunia. Kita kata jangan fikir akhirat sahaja nanti kita ketinggalan zaman, tidak dapat bersaing dengan negara barat. Allah SWT kata dunia itu menipu. Kita katakan dunia itu indah juga. Allah SWT kata sebaik-baik pekerjaan itu ialah sederhana. Kita kata fifty-fifty lah. Kita telah membuat satu ajaran baru yang sama seperti " Islam Hadhari ". Tetapi namanya kita samakan dengan agama Allah SWT itu iaitu Islam. Kita buat Islam baru. kita mencampurkan minyak dan air dengan harapan hasilnya baik dan memberikan pulangan yang baik. Walhasilnya kita menjadi umat yang terhoyong-hayang. Terbuang! Sebagaimana kita membuang campuran yang tidak munasabah itu. Semuanya sia-sia.

Akibat daripada itu, lahirlah satu umat yang mencampur adukan antara hak dan kebatilan di dalam satu bekas yang turut di lakukan oleh ulama-ulama, pendakwah dan pemimpin yang jahat. lalu membenarkannya di dalam masyarakat sebagai satu amalan yang baik dan amalan agama yang sebenar walaupun bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar. Mencampur adukan antara hal yang membawa kepada dosa dan pahala. Yakni antara maksiat dan amal soleh. Tidak boleh ekstrim di dalam beragama. Iaitu tidak boleh mengikuti 100% ajaran Islam. Ikutlah setakat mana yang tidak bercanggah dengan adat resam atau budaya melayu.

Kesan daripada kefahaman Nasrani dan Yahudi ini yang kita import untuk dijadikan sebagai panduan umat Islam, maka berlakulah apa yang kita lihat pada zaman kini:

1. Umat Islam pergi ke masjid tetapi juga pergi ke panggung wayang. Pergi ke makkah tetapi pergi juga ke kelab malam. Puasa tetapi dedah aurat. Berzakat tetapi turut mengambil riba. Kalau siaran TV di negara kita, selepas menyiarkan azan, disiarkan pula persembahan maksiat dan sebagainya.

2. Apabila ada orang yang serius beragama, dituduh ketinggalan zaman, tidak bertamadun, anti dunia. Wanita yang memakai purdah dan tudung dikatakan ekstrim. Sesiapa yang solat sunat lebih sedikit daripada kebiasaan dibimbangi tinggal dunia. Isteri yang taat kepada suami dianggap bodoh dan melulu. Makan di dalam dulang dianggap kotor. Hidup secara sunnah dianggap sebagai ortodoks. Asyik dengan Al-Quran dikatakan gila dan berzuhud dianggap sebagai anti establishment.

Inilah nasib malang umat Islam pada masa kini. Islam itu menjadi dagang semula setelah dibuang oleh umat Islam. maka beruntunglah mereka yang bersama dengan agama dagang ini. INDAHNYA ISLAM MANISNYA IMAN.

PENDAKWAH ISLAM VS PENDAKWAH SALIB

Pada suatu ketika dahulu, tahun 1960-an sehingga ke hari ini sering berlaku perdebatan antara Islam dengan kristian yang akhirnya dimenangi oleh pendebat Islam. Dengan mudah hujah pendebat Kristian dapat dipatahkan. Kita tidak perlu gunakan ayat-ayat Al-Quran dan Hadis untuk berhujah cukup sekadar dengan kitab Bible, mereka akan kalah.

Kemenangan itu disebarkan ke seluruh dunia. Penceramah dan pendakwah dari kalangan Ustaz-ustaz lulusan Azhar dan saudara baru diusung di setiap Masjid dan Surau untuk berceramah tentang kesesatan agama Kristian. Dan yang lebih hebat temuramah disiarkan di TV, dirakam dan disiarkan di dalam media massa. Namun, yang murtad semakin ramai, sama ada daripada orang awam sehinggalah ada yang bergelar Ustaz. Yang pastinya kita menang di dalam debat, siapa yang tidak mengenali Al-Mamahrum Syeikh Ahmad Deedat, pendakwah bertaraf antarabangsa yang hebat. Seorang tokoh yang ikhlas di dalam perjuangan telah menyebarkan sejuta risalah secara percuma kepada manusia. Pendakwah daripada Salib kalah dan senyap tetapi sebenarnya mereka berkerja keras dan sebenarnya kita tidak menang tetapi kalah. Kita mabuk dengan kemenangan yang kita perolehi dan kita menjadi lalai. Mereka kalah di dalam medan perdebatan tetapi menang di dalam gerak kerja. Mereka mengadakan pelbagai khidmat masyarakat dan projek yang menguntungkan agama mereka dan bukannya menguntungkan sesetengah individu seperti yang berlaku di dalam agama kita. Mungkin ramai yang tidak bersetuju dengan pandangan yang saya berikan tetapi inilah realiti yang sebenar dan haruslah diterima hakikat ini walaupun terasa pahit untuk menelannya. Lebih baik saya menegur umat Islam sebelum Allah SWT yang akan memberikan teguran kerana apabila datangnya peringatan Allah SWT maka tidak ada maaf lagi bagi kita semua. Allah SWT telah memberikan umat Islam peluang tetapi umat Islam masih lalai dan mengingkari peringatan tersebut.

Kita berdebat di dalam perkara pendidikan, tetapi mereka telah membinanya. Kita bercakap soal membina masjid dan surau, kita masih menunggu kelulusan daripada kerajaan tetapi mereka telah membina gereja di kampung umat Islam tanpa terpaksa menunggu lama. Kita bercakap tentang jihad, ukhuwah dan tolong menolong, tetapi pendakwah salib telah masuk ke kampung-kampung melakukan khidmat masyarakat, memikul beras, ikan sardin dan membina gereja yang besar, kita masih baru merancang dan siapa yang akan pergi. Siapakah yang harus dipersalahkan? Tanya diri kita masing-masing yang mengaku beriman kepada Allah dan Rasul. Umat Islam ini bercakap banyak tetapi untuk melakukan kerja tidak banyak. Tetapi pendakwah kristian mereka tidak banyak bercakap tetapi mereka hebat di dalam berkerja.

“ Setelah tergantuk baru terngada “ inilah pepatah melayu yang paling sesuai diberikan kepada umat Islam masa kini. Setelah anak kita, adik kita dan keluarga kita dimurtadkan oleh pendakwah salib barulah kita sibuk dengan dakwah, sibuk mememarahi ulama, pegawai agama dan kerajaan. Dahulunya apabila ada panggilan jihad untuk melawan dakwah pendakwah salib kita hanya melihat dari jauh, sibuk dengan urusan mencari harta, sibuk dengan politik, sibuk mengangkap orang yang tidak ada tauliah mengajar. Inilah sikap kita pada masa kini. Kita suka menyalahkan musuh untuk menutup kesalahan kita sedangkan kesilapan dan kesalahan ini perbuatan kita sendiri. Kenapa menyalahkan musuh diatas kesilapan kita sendiri?

Saban waktu kita dikejutkan dengan laporan akhbar tempatan tentang saudara baru memohon murtad dimahkamah, anak orang Islam murtad kerana bercinta dengan pemuda Kristian dan sebagainya. Apa sudah jadi dengan umat ini? Adakah ini satu musibah daripada Allah? Ataupun musibah yang dicipta oleh umat Islam sendiri? Seorang Islam yang sebenar itu apabila terdengar berita tentang Murtad dikalangan umat Islam akan terasa hinanya umat Islam dan bangkit untuk menjadi pembela agama Allah dengan sepenuh hati. Di dalam agama kristian, seorang penganut kristian yang keluar daripada agamanya mereka akan bertekad untuk menarik sepuluh orang Islam untuk masuk kedalam agama mereka. Inilah kehebatan mereka yang sebenar dan kita harus mengakui akan kelemahan yang kita hadapi sekarang. Buangkan rasa ego dan sombong di dalam diri kita. Kalau setakat dengan ceramah di masjid, rajin mengikut tamrin, muqayyam, usrah dan sebagainya belum cukup untuk kita berdepan dengan pendakwah daripada pihak salib. Kenapa saya mengatakan sedemikian? Kerana semua ini merupakan pengalaman yang saya lalui. Amat senang untuk memurtadkan seorang anak Islam tetapi bukan senang untuk menarik seorang anak kristian untuk memeluk agama Islam. Saya mempunyai ramai kawan-kawan yang hebat di dalam program Tamrin, Usrah, Muqayyam dan sebagainya. Bercakap berapi-api, tegakkan Islam, mari berdakwah dan sebagainya tetapi dia sendiri seperti tikus yang lari takutkan kucing. Semuanya omongan kosong bersyarah untuk mencari nama dan pengaruh, golongan ini umpama anjing kurap di tetapi jalan.

Pendakwah-pendakwah daripada salib terus mara dan maju kehadapan untuk berdakwah. Mereka masuk ke kampung-kampung yang terletak jauh di pedalaman yang sehinggakan dua hari baru sampai ke kampung tersebut. Mereka sanggup tidur baring bersama penduduk kampung, makan ubi kayu berlaukan ikan kering dan pucuk-pucuk daun kayu, tinggal bertahun-tahun di kampung tersebut. Tetapi hasilnya cukup baik. Dalam masa setahun penduduk kampung yang dahulunya tidak mempunyai agama telah menjadi penganut agama kristian yang fanatik dan sanggup berkerja untuk agama mereka.

Kita masih berseminar, bermesyuarat dan berdebat siapa yang akan melakukan kerja dakwah ini. Pendakwah kita disibukan dengan perkara yang tidak ada faedah, sibuk membidaahkan orang lain, sibuk mengata orang lain dan sibuk dengan urusan gajinya yang melimpah ruah. Kadang-kadang ada dikalangan pendakwah kita yang mendapat gelaran Dato’, Prof, Dr dan sebagainya tetapi selepas habis waktu pejabat, waktu kuliah, habislah waktu mereka berdakwah untuk meyelesaikan maslah umat. Inilah pendakwah yang berdakwah kerana dunia atau dengan kata yang lain “ tiada duit tiada dakwah “. Sedangkan diluar sana masih ramai umat Islam yang perlukan bantuan, perlukan bimbingan tetapi bermacam-macam alasan yang pendakwah kita berikan. Kita sibuk memikirkan hal diri sendiri sehingga melupakan hal umat Islam yang lebih besar. Saya ada pengalaman suatu ketika dahulu. Ketika saya mula-mula memeluk agama Islam. Pada waktu itu ada sedikit masalah yang saya hadapi selepas daripada berhijrah agama. Kita sedia maklum seorang anak kristian yang memeluk Islam sudah dianggap sebagai anak derhaka dan mereka tidak mengaku anak lagi. Di halau daripada rumah dan bermacam-macam lagi dugaan dan cabaran yang terpaksa di lalui dan semua ini memerlukan bantuan umat Islam.

Saya pun pergilah berjumpa dengan seorang ustaz yang berkaitan dengan kebajikan saudara baru. Saya meminta pandangan apa yang patut saya lakukan setelah keadaan sekarang yang sudah berubah. Jawapan yang saya terima amat mendukacitakan. Ya! Kita tahu semua permohonan haruslah mengikut peraturan yang ditetapkan tetapi janganlah sampai peraturan yang kita cipta itu memakan diri sendiri. Kenapa harus mencipta undang-undang lain lagi, Allah SWT telah meletakkan peraturan di dalam Al-Quran tentang perkara yang berkaitan dengan asnaf zakat. Kadang-kadang amat mendukacitakan pengurusan zakat yang tidak baik. Saban hari media elektronik dan suratkhabar melaporkan tentang keadaan kemiskinan yang dihadapi oleh umat Islam. Untuk mendapatkan bantuan daripada badan zakat terpaksa melalui banyak proses yang saya anggap bodoh dan sesat. Rasulullah tidak pernah pun membawa ajaran seperti ini tetapi umat Islam yang bodoh ini membuat ajaran baru. sehinggakan Islam yang mudah, indah dan cantik itu menjadi agama yang susah, sempit dan tidak ada kasih sayang di dalamnya.

Sehinggakan ada segolongan umat Islam yang terpaksa tinggal di dalam kontena kerana kemiskinan yang dihadapi. Akan tetapi saban tahun terdapat negeri yang membuat pengistiaran tentang lebihan zakat. Inilah persoalan yang harus kita fikirkan kenapa ia berlaku. Kita membayar zakat bukan kerana disimpan tetapi untuk digunakan membangunkan tamadun Ummah. Marilah kita bermuasabah diri kita untuk kebaikan umat Islam. Kita masih banyak agenda perjuangan yang harus dilakukan. Kita kena kuatkan ekonomi kita, perpaduan sesama umat, pendidikan dan politik. Tetapi sekiranya umat Islam masih tidak berubah saya percaya negara kita ini akan menjadi seperti Indonesia pada masa akan datang. Umat Islam terhina dan di hina di negaranya sendiri.

Sekarang ini kita dikejutkan pula dengan tuntutan penganut salib dimahkamah tentang penggunaan kalimah Allah. Apa yang kita lihat ada dikalangan umat Islam yang tiba-tiba bersemangat hangat-hangat tahi “BABI”, berlagak menjadi pejuang nombor wahid, sanggup turun berdemonstrasi dan sebagainya. Kita amat menghargai kepekaan individu-individu ini di dalam mempertahankan hak umat Islam tetapi kadang-kadang mereka inilah penentang kepada ajaran Islam sendiri. Allah SWT perintahkan supaya hukum-hukum Islam ditegakkan di muka bumi ini, tetapi ada pula suara daripada puak-puak munafiq yang berkata “ Hukum hudud tidak boleh dilaksanakan di Malaysia kerana berbilang bangsa ” “ kalau hukum hudud dilaksanakan maka bolehlah makan sup tangan “ inilah suara-suara sumbang umat Islam yang mengaku beriman tetapi golongan inilah sebenarnya ejen kepada puak kafir untuk menghancurkan agama dan umat Islam. Barang siapa yang menolak hukum-hukum Allah SWT maka ia sama seperti puak Nasrani dan Yahudi, kerana kedua-dua puak ini juga menolak ajaran yang terdapat di dalam Injil dan Taurat.

Masih belum terlambat untuk para pendakwah bermuasabah diri memperbaiki kesilapan yang terjadi. Kita harus maju kehadapan untuk menghadapi ancaman-ancaman yang lebih besar daripada golongan yang ingin menghapuskan Islam dan Umat Islam. Bersiaplah untuk menghadapi perang Salib di abad ini yang tidak mustahil akan berlaku. Tanyalah diri kita adakah kita ini menjadi golongan syuhada atau pun munafiqun yang sejati. Tepuk dada dan Tanya iman kita…ALLAHUAKHBAR….INDAHNYA ISLAM MANISNYA IMAN.

CERPEN

CINTA SEORANG MUALLAF

Aku memalingkan muka ke arahnya, tetapi seperti kebiasaanya dia akan berpura-pura tidak menyedari akan pandangan aku padanya. Perhatianya hanya tertumpu kepada sebuah kitab kecil berwarna biru, berbalut kemas. Aku yakin dia ialah Alex Jr . Teman sekelasku sewaktu di tingkatan satu dahulu. Walaupun telah bertahun memori ini berlaku tetapi aku masih mengenalinya. Masih dapat ku ingat segala kenangan dulu. Wajahnya tidak banyak berubah, tetap handsome dengan wajah kacukan Dusun Cina. Tetapi perwatakanyalah yang telah berubah. Dahulu dia seorang yang peramah dan senang berkawan dengan sesiapa pun. Dan masih ku ingat lagi, betapa baiknya hubungan ku dengan keluarganya. Saya mengenali keluarganya dan sering sahaja mempelawa ku untuk datang ke mereka. Perbezaan kepercayaan tidak menjadi penghalang untuk ta’aruf dengan mereka. Tetapi itu merupakan kenangan lama yang telah terkubur, persahabatan kami terputus setelah Alex Jr dan keluarganya berpindah ke Itali kerana Ayahnya melanjutkan pelajaran ke peringkat Phd di dalam bidang teologi kristian di Vatican City Itali. Perbezaan anutan dan kepercayaan telah memisahkan kami berdua yang masih mentah untuk mengenali permusuhan dua kepercayaan antara Islam dan kristian.

Tetapi suratan taqdir telah menemukan kami semula. Tetapi Alex Jr kelihatan ragu-ragu untuk menegurku apatah lagi untuk bersembang dengan ku. Namun aku terus berusaha supaya persahabatan kami yang terputus sekian lama kembali bertaut seperti air yang dicincang tidak akan putus. Suara Puan Suzana pensyarah bahasa kebangsaan yang tiba-tiba meninggi segera menghilangkan lamunan ku dari tadi. Kulihat Puan Suzana merampas kitab kecil dari tangan Alex. Kelihatan muka nya berubah menjadi merah padam, dengan suara yang garang

” Saya bukannya melarang awak membaca Kitab Injil ini, tetapi waktu saya mengajar, awak perlu memberikan perhatian. Simpan kitab ini atau saya membuangnya ke dalam tong sampah. Dan ingat jangan ulangi lagi perbuatan ini ketika di dalam kelas saya.” tegas Puan Suzana sambil mengigit bibirnya yang merah disimbah lipstik.

Alex hanya berdiam diri. Ketika kuliah menghampiri jamnya, Puan Suzana berkemas dan melangkah keluar tanpa menoleh ke arah kami, mungkin kerana masih marah terhadap Alex. Aku segera mendekati Alex yang kelihatan malu dan rimas dengan teguran tadi.

”Alex kenal lagi saya tak?” Alex terkejut. Dia merenungku dengan teliti dengan renungan yang tajam. Lama aku menanti sesuatu yang akan lahir dari bibirnya yang masih kaku untuk berbicara. Namun ia tetap diam dan terus berkemas untuk pulang. Sewaktu dia mula melangkah keluar dari bilik kuliah Audi Pentadbiran, aku segera memintas nya.

” Alex kenal saya lagi tak?” tanya ku lagi.

” awak siapa? Tiba-tiba menyibuk”

Jawab Alex dengan nada yang agak tinggi dan keras sedikit.

” Aku Nurul Nadhirah lah, sekelas dengan Alex ketika di dalam tingkatan satu dahulu. Kemudian Alex bersama keluarga berpindah ke Itali kan?” Jawab ku ringkas sambil menahan malu kerana tengkingan daripada Alex tadi.

” Rupanya awak?” balas Alex dengan mimik muka yang gembira, menghilangkan kemarahannya tadi tetapi masih dalam keadaan yang ragu-ragu dan berhati-hati takut tersilap orang. Dua tiga pelajar yang belum balik kehairanan melihat kami dan berbisik diantara satu sama lain. Namun aku tidak menghiraukannya kerana yang penting dapat bersahabat semula dengan Alex yang sekian lama terputus dimakan masa dan zaman. Lalu persahabatn kami terjalin semula setelah sekian lama terkubur.

Angin Tasik Kuis yang bertiup sepoi-sepoi, mengibarkan tudung labuh hitamku. Alex memandang ku beberapa ketika, tepat kearah mataku dengan pandangan yang tajam.

” kau amat berbeza dari dulu...” aku memulakan perbicaraan pada petang itu kepada Alex.


Alex menyambut kataku dengan senyuman. Kami duduk di Cafe Tasik yang menghala ke tasik Kuis. Pemandangan petang itu sungguh cantik dengan angin yang bertiup lembut, sambil melihat keretapi melintasi tasik kuis.

” Selagi kita hidup, memang kita perlukan kepada perubahan. Dari yang tidak baik kepada yang baik...bukankah begitu Nadh?”

” Yup” jawab ku sambil tersenyum. Rantai kecil yang biasanya di pegang oleh Paderi-paderi Kristian, dikeluarkan daripada kocek bajunya. Dia merenung jauh ke tasik.

” Inilah pemberian ayahku, waktu sebelum dia menghembus kan nyawa di hospital Pop di Rom.”

Suara Alex sungguh sayu dalam usahanya untuk menanahan sebak di dada. Aku tahu dia sungguh menyayangi ayahnya.

” Nadh.. selepas aku menamatkan pengajian ke sini, aku akan menjadi seorang Paderi. Itulah wasiat dan harapan ayahku ketika masih hidup.”

Aku agak terkejut sedikit dengan pengakuan daripada Alex.

” Inilah pengorbananku Nadh. Juga sebagi bukti ketaatan ku kepada kedua orang tuaku, semoga Tuhan bersimpati kepada nasib malang keluargaku.”

” Alex apakah Tuhanmu menuntut pengorbanan itu? Atau engkau hanya ingin lari dari kekecewaan?”

Alex bangun, merenungku tidak berkedip matanya. Angin petang menampar pipi Alex yang mula memerah. Alex tentunya tersinggung dengan kata-kataku. Sejurus lamanya Alex terdiam, kemudian dia mengukir senyuman manis untukku.

” Tak usahlah kau pujuk aku Nadh. Cita-citaku sudah muktamad, aku akan menjadi seorang Paderi, aku akan menjadi Ketua Paderi Malaysia pada suatu hari kelak.”

Aku bangun dan berdiri disebelahnya. Kami merenung tasik kuis yang tenang. Aku menarik nafas dalam-dalam.” Kau Tahu Nadh, aku tidak sangka yang engkau akan menegurku...kerana ramai pelajar Islam yang begitu benci padaku. Aku akan menceritakan kebaikan-kebaikan Yesus Kristus kepada sesiapa sahaja yang rapat dengan ku. Aku rasa bangga kerana dapat menceritakan segala kasih sayangnya. Hingga aku dipulaukan kerana dikatakan penyebar agama kristian dan cuba menghasut mereka. Pelajar Islam tidak seorang pun pernah menceritakan tentang agama Islam kepadaku, malah takut untuk dekat denganku.”

Alex berpaling memandang wajahku. Aku tahu, Alex tentunya ingin melihat riak wajahku ketika itu. Aku hanya tersenyum membalas pandagan Alex yang seolah-olah inginkan jawapan daripada ku.

” Apakah kau tidak takut terpengaruh dengan segala apa yang ditakuti mereka itu?” tanya Alex. Aku kembali duduk di kerusi, Alex juga turut duduk di kerusi sambil memandang wajahku.

” Sememangnya Yesus itu Baik, sentiasa menyeru umatnya berkasih sayang dan saya sendiri merasa kagum dan cinta padanya” kata Nur Nadhirah. Alex tersentak. Mukanya tiba-tiba diangkat sambil merenungku. ” Kerana dia juga Nabi dan Rasul kami, yang wajib kami yakini..tapi dia tetap manusia biasa, bukannya anak Tuhan dan Tuhan.”

Alex mengerutkan keningnya.

” Alex bagi kami Yesus itu adalah salah seorang Rasul diantara rasul-rasul yang diutus Allah. Dan dia diutus untuk umat pada zamannya. Berbeza dengan Nabi Muhammad, baginda diutus untuk seluruh umat akhir zaman. Kerana tidak ada nabi lagi selepasnya.”

Alex Cuma mengangguk-anguk. Mungkin dia mula faham dengan keyakinanku. Hari beransur petang. Kami berpisah apabila azan Asar berkumandang di udara. Aku terus menuju ke Masjid Al-Azhar untuk menunaikan solat asar, manakala Alex terus balik ke asrama.

Telah seminggu Alex tidak ke kuliah. Apakah dia sakit? Aku mula menaruh rindu dan bimbang padanya. Mungkin kah dia telah menjadi paderi? Aku tertunduk, entah mengapa dadaku sebak tiba-tiba. Terbayang seorang jejaka yang sering menjadi teman untuk berbincang, berdebat tentang agama.

” Bagaimana seorang yang telah menumpahkan darah sepanjang hayatnya dan berkahwin dengan beberapa orang perempuan, boleh dianggap suci dari Tuhan kami yang tidak pernah mencederakan sesiapa pun dan tidak pernah berkahwin sepanjang hayatnya.”

Alex memandangku dengan sinis. Aku rasa tertusuk mendengar tuduhannya itu. Aku tahu sememangnya apa yang dicakapkanya itu seolah-olah telah diatur oleh pihak gereja yang sering sahaja mereka-reka cerita bagi memburukan agama Islam. Siapa yang tidak mengenali Benjamin Stphen, seorang pelajar agama yang murtad dan banyak mereka-reka cerita untuk memburukkan Islam. Aku akur dengan kelemahan diri sendiri yang tidak pandai menerangkan pada Alex kedudukan yang sebenarnya. Alex seolah-olah memandangku dengan rasa menang. Apakah aku kalah? Tidak ..ini hanyalah titik awal.

” Alex, Nabi Muhammad yang engkau pandang rendah itu adalah seorang Rasul, pemimpin kaum, pedagang, seorang suami juga bapa, serta insan yang terlalu tinggi akhlaknya. Di setiap aspek, kami boleh mencontohinya. Dia menunjukkan teladan dan panduan terbaik untuk menjadi hamba Tuhan yang taat, disamping juga menjadi insan yang sempurna. Berperang bukan minat...tetapi keperluan untuk menegakkan kebenaran dan menghalang penindasan.”

Aku sedar, bukan mudah untuk meyakinkan Alex. Tambahan pula di saat begini, pelbagai fitnah di lontarkan kepada Islam oleh musuh-musuh Islam. Sememangnya, pendakyah kristian sering saja cepat bertindak. Tidak seperti umat Islam sepertiku, lemah dan selalu saja ragu-ragu. Kini setelah aku belajar di universiti, aku akan sedaya upaya untuk menebus kesilapan ini. Biarlah saya menjadi seorang yang pakar kepada agama Islam dan agama Kristian.

Dan aku gembira, bila dalam diam rupanya Alex telah banyak meminjam buku-buku agama Islam dari perpustakaan Universiti. Ini ku sedari apabila menyemak daftar peminjam. Tapi Alex sedaya upaya merahsiakan segalanya dariku. Sikapnya masih saja seperti selalu, bertanya tentang sesuatu tentang Islam dengan nada seolah menghina dan memperkecilkan. Dan aku seringnya akan cuba mengawal emosi.

” Tidakkah kepercayaan tiga dalam satu itu suatu kepercayaan yang kabur dan sukar diterima akal? Bagaimana kau meletakkan sepenuh keyakinan mu padanya?”

Soalan ku tidak terjawab. Dia termenung panjang. Suatu hari Alex memberitahuku...

” Mungkin, minggu hadapan aku akan mengisi borang berhenti daripada universiti. Belajar disini amat membosankan. Kalau seminggu aku tidak datang ke kuliah...tandanya aku telah masuk ke Sekolah kepederian di kuala lumpur. Aku kagum denganmu Akma...dan aku juga ingin jadi sepertimu, penganut agama yang taat. Mungkin, inilah pertemuan kita yang terakhir. Seandainya aku menjadi seorang paderi, aku akan sentiasa mendoakan kebaikan untuk mu.”

Kini sememangnya telah seminggu Alex tidak hadir ke kuliah. Walaupun kami bukannya sekelas tetapi aku sentiasa bertanyakan tentangnya kepada kawan-kawannya. Namun hatiku masih saja mengharapkan kemunculan Alex. Merenung kerusi Alex yang kosong, menambah sebak yang sedia ada di dalam dada. Aku sebolehnya ingin saja menghalang niat Alex itu. Namun apakah dayaku...aku hanya sekadar boleh memujuk dan berdoa kepada Allah. Dan akhirnya, aku perlu akur, hanya Allah yang berhak memberikan hidayah.

Kenangan bersama Alex cuba ku matikan. Ingin kulontarkan jauh..jauh...dan hanya mengambil pelajaran darinya. Aku berazam, untuk lebih berani memperkenalkan agamaku kepada teman-teman yang lain. Biarlah kesilapan lama tidak berulang dan yang lebih penting, tidak menjadi hutang di hadapan Allah. Suara Ustaz Najib mengejutkan aku. ” Nurul Nadhirah, ikut Ustaz ke Hospital.”

Langkah laju Ustaz Najib, mematikan keinginanku untuk bertanya lebih lanjut. Aku hanya mengekorinya dengan nada yang berdebar. Ustaz Najib memandu dengan tenang dan hanya mengeleng kepada bila aku bertanya- kenapa?

” Saya hanya dapat arahan, membawa awak ke Hospital. Alex ada di sana.” Ustaz Najib menjawab ringkas. Aku jadi diam.

Aku menuruti Ustaz Najib ke wad kecemasan. Selangkah aku menjenguk ke bilik itu, Ustazah Najihah mendapatkan aku.

” Alex di tembak di dada, sekarang dalam keadaan kritikal, selepas memeluk agama Islam semalam.”

Banyak kan berdoa supaya Alex selamat,” terang Ustazah Najihah. Aku terpaku seketika. Apakah benar segala apa yang baru ku dengar? Air mataku menjadi terlalu deras. Aku tidak menyedari inilah kali pertama aku menangis.....!

Ya Allah inilah ketentuan darimu, berikan lah yang terbaik untuk Alex.

” Nurul Nadhirah ini surat untuk awak, daripada Dompet Alex.” suara Ustazah Najihah memotong Tangisan ku.

Assalamualaikum....

Kepada Nurul Nadhirah, semoga dalam keadaan yang baik. Terlebih dahulu aku memohon maaf sekiranya surat ini akan menggangu Akma. Surat ini aku tulis sebelum saya masuk ke pejabat agama Islam Selangor untuk memeluk Islam.

Aku ucapkan terima kasih diatas segala apa yang Nadh berikan. aku amat beruntung mempunyai seorang sahabat yang sebaik Nadh. Dengan penjelasan daripada Nadh aku dapat menemui jalan kebenaran.

Aku telah nekad untuk memeluk agama Islam bukan kerana Nadh atau sesiapa pun tetapi kerana kebenaran. Walapun wujud perasaan di dalam hati ini untuk suka kepada Nadh tetapi ....Selepas ini Insyallah aku akan belajar di pondok untuk mendalami ilmu Agama. Doakan semoga aku selamat.

Nadh, ingin aku beritahu satu perkara yang penting, sebenarnya aku belajar di sini bukannya kemahuanku tetapi aku telah dihantar oleh Pihak gereja untuk berdakwah kepada pelajar-pelajar yang beragama Islam. Dan aku telah memilih Nadh sebagai sasaran untuk dimurtadkan.

Tetapi aku telah tewas dengan jawapan-jawapan yang Nadh berikan. di dalam diam, aku mengakui kebenaran Islam sebagai Agama yang benar. Dan yang keduanya aku mengakui aku telah jatuh hati kepada Nadh. Aku tertarik dengan akhlak Nadh yang berbeza dengan pelajar Islam yang lain, mungkin Nadh hanya berlakon untuk menarik minatku supaya aku memeluk Islam atau tidak, aku tidak pasti. Memang tidak dapat dinafikan walaupun aku bercita-cita menjadi seorang paderi tetapi fitrah untuk menyukai kepada seorang manusia yang bernama perempuan tidak dapat dinafikan.

Aku telah berbincang dengan keluargaku tentang keinginanku untuk memeluk Islam, tetapi mereka menentangnya dan mengancam akan membunuhku sekiranya aku masih meneruskan niatku ini. Dan selepas hari itu, aku telah dikurung di dalam sebuah gereja untuk mengelakan aku keluar bertemu dengan sesiapa pun. Tetapi dengan Kuasa Allah aku berjaya juga melarikan diri setelah aku berpura-pura menyesali apa yang ku katakan dan berjanji tidak akan memeluk Islam. Lantas aku melarikan diri dan memohon bantuan kepada seorang jiran yang beragama Islam tetapi jiran tersebut bukan nya membantu sebaliknya melaporkan perkara tersebut kepada keluargaku.

Aku tidak dapat memanjangkan tulisan ini, kerana ada orang yang sentiasa memerhatikanku. Kalau panjang Umur kita bertemu lagi..

Yang Benar

Ahmad Khairul Ikhwan Alex Abdullah Jr

Kini, peristiwa itu telah berlalu sepuluh tahun yang lalu. Aku pun telah berkerja sebagai seorang pensyarah di tempat kami belajar bersama Alex dahulu dan mempunyai dua orang anak, sebagai mengenang peristiwa ini, aku telah menamkan anak keduaku dengan nama Ahmad Khairul Ikhwan. Semoga anak-anakku memiliki sifat seperti Alex. Segala kata-kata yang Alex pernah ucapkan masih tersimpan di dalam memoriku. Semoga Rohnya bersama orang-orang yang di rahmati Allah.